Bantuan bagi pembinaan Masjid Baitul Rahman yang dianggarkan menelan belanja B$70,000.00, biaya bagi pengajian Al-Qur’an berjumlah $50,000.00 dan sebuah pasentren yang dianggarkan berjumlah $220,000.00 adalah hasil kutipan derma dari rakyat dan penduduk Negara Brunei Darussalam kepada Tabung Kebangsaan Bantuan Gempa Bumi
Gabenor Daerah Istimewa Yogyakarta, Sri Sultan Hamengku Buwono ketika menerima kunjungan hormat dari Pengerusi Lembaga Pengarah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (YSHHB), Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin yang berlangsung di Gedung Willis, Kepatihan, Yogyakarta.
Yogyakarta yang diselenggarakan oleh Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.
Manakala bagi projek pembinaan Masjid Al-Amin yang dianggarkan menelan belanja sejumlah B$35,000.00 diperolehi melalui Tabung Inisiatif Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (YSHHB).
Bagi meninjau dengan lebih dekat lagi kerja-kerja pembinaan bagi projek-projek bantuan itu serombongan pegawai dari YSHHB yang diketuai oleh Pengerusi Lembaga Pengarah YSHHB, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin telah mengadakan lawatan kerja ke Kabupaten Bantul, Yogyakarta.
Turut mengiringi lawatan kerja itu ialah Duta Besar Negara Brunei Darussalam ke Republik Indonesia, Tuan Yang Terutama Pehin Datu Harimaupadang Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Husin.
YANG Berhormat bertukar-tukar cenderahati bersama Sri Sultan Hamengku Buwono.
Terdahulu sebelum itu Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin berserta Duta Besar Negara Brunei Darussalam ke Republik Indonesia serta para pegawai YSHHB telah mengadakan kunjungan hormat kepada Gabenor Daerah Istimewa Yogyakarta, Sri Sultan Hamengku Buwono di Gedung Willis, Kepatihan, Yogyakarta.
Dalam pertemuan itu, Sri Sultan Hamengku Buwono telah melahirkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kepada seluruh rakyat dan penduduk Negara Brunei Darussalam di atas bantuan yang dihulurkan.
Gempa bumi berukuran 5.9 diskala rektar yang berlaku di Yogyakarta pada 27 Mei 2006 telah mengorbankan lebih 5,000 orang termasuk 218 orang penduduk di Ibu Kota Yogyakarta.
Atas rasa simpati yang mendalam kepada para mangsa bencana yang berlaku pada 26 Disember 2004 itu, segenap lapisan rakyat dan penduduk di Negara Brunei Darussalam telah berganding bahu bersama-sama masyarakat antarabangsa menghulurkan bantuan kemanusiaan di Aceh.
Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin ketika meninjau kerja-kerja pembinaan Masjid Al-Amin di Kabupaten Bantul, Yogyakarta.
Berikutan peristiwa itu, Negara Brunei Darussalam telah mengambil langkah segera dalam membantu para mangsa bencana dahsyat itu. Fasa pertama bantuan dari Negara Brunei Darussalam adalah berupa makanan, minuman, pakaian, ubat-ubatan serta tenaga sukarelawan yang terdiri dari pegawai-pegawai perubatan serta anggota-anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) dan Pasukan Polis Diraja Brunei (PDB).
Manakala pembinaan 70 buah unit rumah, sebuah kompleks pasentren, sebuah kompleks asrama panti asuhan, sebuah masjid dan sebuah pusat kesihatan adalah di bawah projek fasa kedua Bantuan Kemanusiaan Inisiatif Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (YSHHB) telah bermula pada awal tahun 2006 dan siap dilaksanakan keseluruhannya pada bulan November 2006, kecuali bangunan masjid yang mana pada masa ini telah mencapai kerja pembinaan sebanyak 85 peratus.
Kesemua pembinaan bangunan di atas tapak seluas empat hektar itu adalah di kawasan perkampungan baru di Desa Mamplam, Kecamatan Leupung, Kabupaten Aceh Besar, yang mana tapak tersebut merupakan tanah pemberian (hibah) dari masyarakat setempat untuk penempatan para mangsa gempa dan tsunami.
Bagi penduduk Desa Mamplam, Kabupaten Aceh Besar iaitu sebuah perkampungan yang musnah teruk akibat bencana ngeri itu melahirkan penghargaan terima kasih di atas bantuan dari masyarakat di Negara Brunei Darussalam yang sangat prihatin terhadap nasib yang menimpa mereka.
Ketika ditemu bual oleh wakil Pelita Brunei, kedua-dua adik-beradik, Ahmad, 16 tahun dan Khusaini, 14 tahun yang kehilangan ibu bapa serta dua saudara kandung akibat bencana yang melanda perkampungan mereka turut merasa terharu di atas segala bantuan yang diterima.
"Dengan adanya bantuan ini, kami berdua serta anak-anak lain menerima nasib yang sama akan di tempat di panti asuhan yang dibina hasil bantuan masyarakat di Negara Brunei Darussalam," jelasnya.
ANTARA kemudahan yang turut disediakan di Perkampungan Desa Mamplam ialah sebuah klinik.
Ahmad seterusnya menambah," Justeru itu kami ingin mengucapkan terima kasih yang setinggi-tingginya kepada seluruh rakyat dan penduduk Negara Brunei Darussalam yang sangat prihatin kerana telah membantu para mangsa yang ditimpa musibah, hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya."
Begitu juga rasa terima kasih ini turut disuarakan oleh Marwan yang menerima bantuan rumah bagi menempatkan beliau dan keluarganya yang sebelum ini ditempatkan di penempatan sementara di kawasan yang berhampiran.
"Dengan memiliki rumah bantuan ini dapatlah mengubah nasib mereka sekeluarga berteduh dalam suasana rumah yang selesa," ujar beliau dengan penuh terharu.
Sumbangan dari rakyat dan penduduk Negara Brunei Darussalam adalah melalui hasil kutipan dua buah tabung iaitu Tabung Inisiatif YSHHB yang berjumlah B$878,992.24.00 dan Tabung Bantuan Mangsa Bencana Tsunami Kebangsaan di bawah Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan sebanyak B$1,491,699.17.
Semoga dengan adanya bantuan yang dihulurkan itu
dapatlah masyarakat di Desa Mamplam, Kabupaten Aceh Besar khususnya para mangsa bencana gempa bumi dan badai Tsunami memulakan penghidupan baru mereka dengan lebih selesa dalam meneruskan perjuangan hidup mereka di masa akan datang.