KHIDMAT
    JABATAN MUFTI KERAJAAN
    Jabatan Perdana Menteri

 

    A. KHIDMAT FATWA
     

  • Etika Mufti:

      Khidmat mengeluarkan fatwa tidak dapat ditentukan piawai masanya kerana prosedur kerja mengeluarkan fatwa adalah mengikut etika (adab) Mufti dalam menjawab kemusykilan itu. Mengikut undang-undang, Mufti boleh tidak menjawab soalan atau kemusykilan jika ditimbangkan tidak sesuai untuk dijawab. Di antara etika Mufti sebelum mengeluarkan fatwa ialah berhati-hati dan menjana setiap masalah itu dengan semasak-masaknya dan seyakin-yakinnya, yakni bukanlah setakat menjawab dengan ringan lisan dan tulisan.
       

  • Etika Mustafti (Orang Yang Meminta Fatwa):

      (1) Permohonan untuk mendapatkan fatwa yang sedia ada dikehendaki menyatakan keterangan pribadi pemohon dan tujuan mendapatkan fatwa.

      (2) Selain cara (a) di atas, biasa juga melalui persuratan terus kepada Mufti. Kedua-dua cara ini (a dan b) adalah sama saja dilayani.

      (3) Keputusan membenarkan untuk memberi fatwa yang sedia ada tertakluk kepada pertimbangan Mufti atau Timbalannya, kerana dengan maklumat terkini yang mungkin baru didapat, pendapat yang lama boleh berubah.

      (4) Mustafti (peminta fatwa) wajib mengamalkan kehendak fatwa yang diberikan kepadanya.

      (5) Pemberian fatwa samada fatwa baru atau fatwa sedia ada tidak boleh diertikan sebagai kebenaran menyebarkan fatwa. Penyebaran fatwa hanya boleh dibuat oleh atau dengan izin daripada Jabatan Mufti Kerajaan.

  • Jaminan Khidmat:

      (1) Fatwa mengenai isu baru - tertakluk kepada sempurnanya maklumat dan rujukan.

      (2) Fatwa yang sedia ada secepat-cepatnya akan dijawab dalam tempoh 14 hari dari tarikh permohonan diterima.

      (3) Pertanyaan secara bersemuka (in person) atau melalui hotline:

        (a) Ditangani oleh pegawai ilmu.

        (b) Pegawai Ilmu boleh menangguhkan jawaban.

        (c) Pegawai Ilmu boleh menghendaki pertanyaan dibuat secara bersurat terlebih dahulu sebelum dijawab.

      (4) Jabatan Mufti Kerajaan ada menyediakan 3 talian "Hot Line":

      2224712
      2224721
      2224717

      (5) Jabatan Mufti Kerajaan juga menyediakan perhubungan melalui E-Mail khusus mengenai hal ehwal fatwa :
      fatwa@brunet.bn


B. KHIDMAT PENYEBARAN

  • Penerbitan:

      (1) Fatwa dan Irsyad hukum sepanjang sesuatu tahun diterbitan dalam Januari - April tahun berikutnya.

      (2) Al-Hadaf diterbitkan 4 kali setahun (Mac, Jun, September, Disember) diedarkan secara percuma kepada pembesar-pembesar negara, pegawai kanan kerajaan, penghulu-penghulu, ketua-ketua kampong, masjid-masjid dan sekolah-sekolah menengah, al-Hadaf juga dijadikan In-Flight Library RBA.

      (3) Jabatan Mufti Kerajaan dari masa kesemasa akan menerbitkan buku-buku terjemahan dan buku-buku tulisan ilmu untuk dijual.

  • Siri TV, Radio dan Pelita Brunei:

      (1) Irsyad hukum di radio ke udara 2 kali seminggu pada hari Isnin jam 10.15 pagi dan hari Jumaat jam 10.15 pagi melalui rangkaian Nur Islam 93.3 FM.

      (2) Irsyad hukum di Pelita Brunei dimuatkan di setiap keluaran Pelita, biasanya di halaman 6.

      (3) Irsyad hukum di TV sempena hari-hari kebesaran Islam dan sempena lain yang dari masa kesemasa dimaklumkan.

      (4) Homepage:

        Jabatan Mufti Kerajaan mempunyai homepage yang setakat ini memuatkan maklumat mengenai dengan pengenalan Jabatan Mufti Kerajaan, senarai fatwa 1962 hingga terkini, Irsyad 1995 hingga terkini, al-Hadaf dan senarai terbitan Jabatan Mufti Kerajaan yang boleh diikuti melalui alamat www.brunet.bn/gov/mufti


  • C: PERKHIDMATAN PENTADBIRAN AM

  • Jaminan Khidmat:

      (1). Segala persuratan akan dijawab 7 hari dari tarikh surat diterima atau pun lebih cepat dari itu.

      (2) Penyediaan baucher pembayaran bagi setiap tuntutan disediakan 7 hari dari tarikh tuntutan diterima.

  • Perhubungan:
      (1) Perhubungan telefon:
        2235121
        2224955
        2224956

      (2) Fax:

        2235120

      (3) E-Mail:

        mufti@brunet.bn

  • Surat dialamatkan:

      (1) Teks fatwa hanya didapati dengan permohonan rasmi ke alamat di bawah ini:
        Yang Dimuliakan Lagi Dihormati,
        Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned,
        Mufti Kerajaan.

      (2) Semua persuratan ditujukan kepada:

        Yang Mulia,
        Pengarah Pentadbiran.

      (3) Alamat persuratan:

        Jabatan Mufti Kerajaan,
        Jabatan Perdana Menteri,
        Bangunan Darulifta Brunei Darussalam,
        Simpang 26 Jalan Pengiran Babu Raja
        Bandar Seri Begawan BA 2112
        Negara Brunei Darussalam.

        FAX NO :01-673-2235120