Jabatan Mufti Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri, Bangunan Darulifta Brunei Darussalam Spg 26, Jln Pg Babu Raja BA2112, Negara Brunei Darussalam

 

 

ULANG CETAK BUKU IRSYAD HUKUM 2001
Oleh: Haji Yakob bin Haji Metali
Foto : Osman A. Bakar 

Rabu 21 Jamadilakhir, 1429 bersamaan 25 Jun, 2008
 

 

Dalam usaha untuk mempelbagaikan kaedah penerbitan buku, terutamanya dengan tidak menggunakan peruntukan yang ada, Jabatan Mufti Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri bersetuju membenarkan Syarikat Pencetak dan Perdagangan Borneo (Sdn), Bhd untuk mengulang cetak buku Irsyad Hukum 2001, atas perbelanjaannya sendiri.  

Majlis Pengakuan persetujuan Syarikat berkenaan untuk mencetak buku Irsyad Hukum 2001 cetakan kedua telah diadakan di Syura 3 Darulifta Brunei Darussalam pada hari Rabu 21 Jamadilakhir, 1429 bersamaan 25 Jun, 2008 di hadapan Dato Paduka Ahmad Bukhari bin PSRK Haji Abu Hanifah, Pengarah Pentadbiran Jabatan Mufti Kerajaan. 

Menandatangani bagi pihak Syarikat ialah John Ng Sew Onn, selaku Pengurus Syarikat berkenaan dan disaksikan oleh pegawai-pegawai kanan Jabatan Mufti Kerajaan. 

Dalam pengakuan persetujuan itu syarikat Pencetak dan Perdagangan Borneo (Sdn) Bhd bersetuju mencetak sebanyak 700 naskhah buku tersebut dan Jabatan Mufti Kerajaan akan membantu pemasarannya dengan diberi komisyen setiap buku yang dijual.
 

 
 

<< Arkib Berita JMK

Copyright @ 2008 Jabatan Mufti Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri