TAHUN 2 BILANGAN 3
Jamadilawal/Jamadilakhir 1419 September 1998



PEMENANG TARBIAH MINDA TERIMA HADIAH

Pemenang-pemenang Tarbiah Minda al-Hadaf bergambar bersama pengarah pentadbiran Jabatan Mufti Kerajaan dan pengerusi majlis bersama hadiah yang dimenangi.

    Dua orang pemenang Tarbiah Minda al-Hadaf telah menerima hadiah mereka di majlis penyampaian hadiah yang berlangsung di tingkat 3 Bangunan lama Kementerian Hal Ehwal Ugama di ibu negara pada hari Isnin 2 Jamadilawal 1419 bersamaan dengan 24 Ogos 1998.

    Mereka yang berjaya itu ialah Dy. Hjh Normah binti Hj. Serudin pemenang Tarbiah Minda al-Hadaf tahun 1 bilangan 3, yang mernerima sebuah microwave beserta hadiah iringan. Sementara bagi Tarbiah Minda al-Hadaf tahun 2 bilangan 1 dimenangi oleh Awang Masri bin Haji Safar.

    Majlis penyampaian hadiah dan cenderamata kepada peserta yang berjaya dan kesemua peserta yang menjawab dengan betul disempurnakan oleh Pengarah Pentadbiran Jabatan Mufti Kerajaan, Awang Ahmad Bukhari bin Pehin Siraja Khatib Haji Abu Hanifah.

    Terdahulu dari itu, pengerusi majlis Awang Haji Mohidin bin Haji Mustapha, Ketua Pegawai Perhubungan Awam, Jabatan Mufti Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri antara lain telah menerangkan mengenai dengan tujuan Tarbiah Minda al-Hadaf dan sudut penghakiman.

Di Dalam