

| PANDUAN WANITA |
| Darah ( Bahagian Pertama) |
Darah yang keluar dari rahim perempuan itu ada empat jenis iaitu:
i) Darah Nifas
ii) Darah Haidh
iii) Darah Istihadhah
iv) Darah Fasad
Darah Nifas:
Darah nifas, ialah darah yang keluar dari rahim perempuan selepas melahirkan anak, sekalipun hanya berupa segumpal darah.
Jangka masa keluarnya darah nifas :
Darah Haidh :
Darah haidh ialah darah yang keluar dari rahim perempuan yang berumur 9 tahun atau lebih dengan kiraan tahun hijriyyah di dalam keadaan sihat.
Masa keluarnya darah haidh :
Darah Istihadhah :
Darah Istihadhah ialah darah yang keluar dari rahim perempuan pada masa yang bukan masa haidh dengan sebab penyakit.
Darah Fasad :
Darah fasad ialah darah yang keluar dari rahim perempuan ketika umurnya belum sampai 9 tahu, darah yang keluar dari rahim perempuan sebelum melahirkan anak, darah yang keluar bersama-sama anaknya, dan begitu juga darah yang keluar dari rahim perempuan di dalam masa kurang dari sehari semalam.
10 perkara yang haram ke atas perempuan yang haidh dan nifas :
i.) Sembahyang
ii) Puasa
iii) Tawaf keliling ka'bah
iv) Membaca al-Qur'an dengan niat membacanya.
v) Mengangkat al-Qur'an.
vi) Menyentuh al-Qur'an.
vii) Duduk di dalam masjid
viii) Lalu lintas di dalam masjid jika ditakuti mengotori masjid
ix) Cerai talaq
x) Bersetubuh (jima')
Bagi perempuan yang berdarah Istihadhah dan yang berdarah Fasad mereka adalah
dihukumkan suci.
Cara sembahyang
perempuan yang berdarah Istihadhah dan Fasad
Hendaklah mereka membersihkan darah dan mengikatnya (memakai tuala wanita yang
baru) apabila masuk waktu sembahyang, dengan mengambil wudhu dan segera mengerjakan
sembahyang. Tidak boleh mereka melengah-lengahkannya.
5 hukum perempuan berumur 9 tahun atau lebih apabila didatangi darah.
Pertama : Menjauhkan diri daripada melakukan sepuluh perkara yang
diharamkan di dalam masa haidh dan nifas.
Kedua : Perempuan yang didatangi darah di dalam masa kurang sehari
semalam hukumnya adalah suci dan darahnya darah fasad.
Ketiga : Perempuan yang berumur 9 tahun atau lebih didatangi darah
tidak putus-putus ataupun putus-putus ( adakala datang dan ada kala tidak)
tetapi kadar masa keluarnya tidak kurang dari 24 jam dan tidak lebih dari 15 hari maka
darah ini hukumnya adalah darah haidh dan perempuan ini adalah di dalam keadaan kotor (
tidak suci).
Keempat : Perempuan yang berumur 9 tahun atau lebih didatangi darah tidak putus-putus atau pun putus-putus tetapi tidak kurang masa keluarnya dari sehari semalam dan berlanjutan pula 15 hari , maka hukumnya adalah berhaidh di dalam masa 15 hari dan beristuihadhah selepas lima belas hari.
Kelima : Perempuan yang didatangi darah haidh atau darah nifas selepas masuk waktu sembahyang dengan kadar masa yang cukup untuk sembahyang dan dia tidak menunaikan sembahyang maka wajib di atasnya qadha sembahyang itu selepas dia bersih nanti. Tetapi jika dia didatangi darah haidh buat pertama kali, tidak wajib ke atasnya qadha.
Demikian juga jika berhenti darah haidh atau darah nifas seorang perempuan sebelum luput waktu sembahyang dengan masa yang cukup untuk sembahyang dan dia tidak mandi dan bersembahyang sehingga habis (luput waktu) yang tersebut maka hukumnya wajib qadha sembahyang itu, dan juga wajib qadha sembahyang yang ditinggalkan di masa antara berhenti darahnya dan mandi hadasnnya.
Begitu juga wajib qadha sembahyang yang ditinggalkan di masa ragu-ragu entah apa jenis darah yang datang itu yang mana kemudiannya ternyata bahawa darah itu bukan darah haidh.
(Bersambung di keluaran berikutnya)