![]() |
| |
| TAHUN 2 BILANGAN 2 |
|
|
SKIM TARBIAH ULAMA DUA ORANG PEGAWAI MENGIKUTI KURSUS
Dayang Hajah Saipah binti Haji Tuah (kanan) Dayang Raenah binti Haji Abd. Hamid (kiri) mengikuti kursus Perpustakaan
Dalam meningkatkan lagi sistem perpustakaan di Jabatan Mufti Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri khususnya di kalangan pegawai-pegawai ilmu di Jabatan, dua orang pegawai telah berlepas ke Kuala Lumpur, Malaysia pada 8hb. Zulhijjah, 1418 bersamaan dengan 5hb. April, 1998 bagi mengikuti kursus Perpustakaan. Mereka ialah Dayang Hajah Saipah binti Haji Tuah, Pegawai Istinbat dan Dayang Raenah binti Haji Abd Hamid, Penolong Pegawai Istinbat. Semasa disana mereka akan mengikuti kursus Tarbiah Perpustakaan di Universiti Malaya selama tiga bulan bermula pada 9hb. Zulhijjah, 1418 bersamaan dengan 6hb. April, 1998. Kursus tersebut adalah di bawah Skim Tarbiah Ulama, Jabatan Mufti Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri. |
|