TAHUN 2 BILANGAN 2
SAFAR-RABIULAWAL/JUN 1998



SOALAN
TARBIAH MINDA, JUN 1998

    1. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam memperkenankan suatu perubahan penting dalam penubuhan RBA, iaitu mengenai dengan pakaian kakitangan dalam masa penerbangan dan memperkenalkan 'Doa Safar' atau 'Doa Belayar' pada setiap kali penerbangan. Bila dan sempena apa perkara ini dititahkan?

    2. Seorang pengembala kambing, yang disifatkan oleh Nabi Sallallahu `Alaihi Wasallam sebagai seorang yang tidak dikenali di bumi tetapi cukup terkenal di langit. Doa orang ini mustajab kerana kelebihannya memelihara makan minum yang halal. Siapakah orang yang dimaksudkan itu?

    3. Kadang-kadang ada orang tidak merasa kenyang walaupun makan banyak, sebaliknya ada yang makan sedikit sudah terasa keyang. Ini antara lain tentulah bergantung kepada berkat tidaknya makanan yang dimakan itu. Apakah perkara-perkara yang perlu dibuat bagi memastikan makan itu berkat?

    4. Sudah menjadi kebiasaan, peminang dan yang dipinang akan memberi berbagai hadiah ketika hari peminangan. Macamana pendapat di dalam mazhab Syafie tentang hadiah-hadiah tersebut jika berlaku putus pertunangan?

    5. Menurut al-Quran (surah al-Mu'min ayat 11) Mati itu dua kali dan hidupnya dua kali. Apa yang dimaksudkan dengan dua kali mati menurut ulama tafsir?

    SYARAT DAN PERATURAN TARBIAH MINDA

    1. Terbuka kepada semua pembaca yang terdiri daripada rakyat dan penduduk Negara Brunei Darussalam sahaja.

    2. Setiap peserta hanya dibenarkan menghantar satu penyertaan sahaja.

    3. Soalan-soalan hendaklah dijawab dalam kertas berukuran A4 disertakan dengan Nama, alamat lengkap dan nombor telefon dan kad pengenalan.

    4. Soalan-soalan bersumber daripada : buku-buku terbitan Jabatan Mufti Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri, suratberita al-Hadaf, dan Rancangan radio Irsyad Hukum menerusi Rangkaian Nur Islam 93.3 FM. Setiap hari Jumaat dan Isnin jam 10.15 pagi.

    5. Penganjur akan menyediakan satu hadiah istimewa kepada seorang sahaja yang berjaya menjawab kesemua soalan dengan betul. Jika lebih dari seorang yang menjawab dengan betul, maka pihak penganjur menghendaki peserta-peserta itu menulis sebuah karangan yang mengandungi 30 - 50 patah perkataan mengenai suatu tajuk yang akan diberikan kemudian. Peserta yang karangannya terbaik akan dikira sebagai pemenang.

    6. Hadiah tidak boleh ditukar dengan wang tunai

    7. Jawapan dan keputusan akan dimuatkan dalam keluaran berikutnya dan juga akan dimaklumkan melalui surat kepada pemenang.

    8. Keputusan adalah muktamad dan surat menyurat mengenainya tidak akan dilayan.

    9. Penyertaan hendaklah dihantar kepada :
      KETUA PENGARANG al-Hadaf
      Jabatan Mufti Kerajaan
      Jabatan Perdana Menteri
      Tingkat 3 Bangunan Kementerian Hal Ehwal Ugama
      Bandar Seri Begawan BS 8510,
      Negara Brunei Darussalam

    10. Tarikh tutup : 31 Julai, 1998

Di Dalam