TAHUN 2 BILANGAN 2
SAFAR-RABIULAWAL/JUN 1998



KURSUS KOMPUTER

Sesuai dengan perkembangan teknologi, pegawai dan
kakitangan Jabatan Mufti Kerajaan turut dibekalkan dengan
kemahiran menggunakan komputer

    Pada 16hb. Zulhijjah, 1418 bersamaan 13hb. April, 1998 seramai 22 orang pegawai dan kakitangan Jabatan Mufti Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri telah mengikuti kursus singkat komputer bertempat di Institut Perkhidmatan Awam.

    Kursus tersebut dibahagikan kepada dua sesi, iaitu sesi pertama seramai 16 orang mengikuti kursus Microsoft Word bermula pada 16hb. Zulhijjah, 1418 bersamaan dengan 13hb. April, 1998 hingga 17hb. Zulhijjah, 1418 bersamaan 14hb. April, 1998. Manakala sesi kedua seramai 13 orang mengikuti kursus Microsoft Excel yang bermula pada 18hb. Zulhijjah, 1418 bersamaan dengan 15hb. April, 1998 hingga 21hb. Zulhijjah, 1418 bersamaan dengan 18hb. April, 1998. Kursus tersebut dikendalikan oleh tiga orang tenaga pengajar dari Institut Perkhidmatan Awam.

    Antara tujuan kursus tersebut adalah bagi mengemaskinikan lagi sistem pentadbiran Jabatan Mufti Kerajaan selaras dengan hasrat Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Dipertuan Negara Brunei Darussalam untuk menjadikan Negara Brunei Darussalam maju dalam segenap bidang, dan sesuai dengan perkembangan pesat teknologi dunia hari ini.

    Di akhir kursus tersebut satu majlis penyampaian sijil-sijil telah diadakan dan penyampaiannya disempurnakan oleh Pengarah Pentadbiran Jabatan Mufti Kerajaan, Awang Ahmad Bukhari bin Pehin Siraja Khatib Haji Abu Hanifah , selaku tetamu kehormat. Turut hadir di majlis tersebut ialah pegawai-pegawai kanan dari Institut Perkhidmatan Awam.

Di Dalam