![]() |
| |
| TAHUN 2 BILANGAN 2 |
|
|
KHUTBAH KEDUA SEMBAHYANG SUNAT ISTISQA'
![]()
![]()
![]()
![]()
![]()
Saudara-Saudara Muslimin,
Dengan tujuan membersihkan diri dari dosa, supaya datang keampunan Allah dan datang rahmatNya, maka marilah kita dengan segala tulus ikhlas membukakan hati bertaubat kepadaNya. Kalau sabun menghilangkan daki, taubat menghilangkan dosa. Marilah kita gunakan peluang yang ada, sementara ada hayat, insya Allah taubat kita diterima.
Janganlah teragak-agak untuk mengaku berdosa - jika benar ada melakukan dosa. Mahkamah Allah bukan mahkamah dunia. Bagi mahkamah Allah, orang yang mengaku dan bertaubat itu akan bebas terus, akan bersih terus, dan malahan akan mendapat syurga, bukannya penjara. Berbanding dengan mahkamah dunia, pengakuan dan taubat tuan itu adalah tiket ke penjara.
Jadi jika begitu, apakah yang hendak ditakutkan, apakah yang hendak diragukan lagi, mari dan mari rebut peluang dari keterbukaan Allah ini, Dia sudah pun menggalakkan kita, Dia sudah pun menyeru kita supaya bertaubat itu, firmanNya :
![]()
Tafsirnya : " Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya," Hanya sekadar untuk melengkapkan irsyad dan peringatan, bukan bertujuan menuju kepada siapa-siapa, mari kita tegakkan tiang agama. Ibarat kita membangun bangunan, tiang itu dipentingkan, kerana jika tanpa tiang, bangunan tidak akan tegak. Kita tidaklah merasa malu bercakap balik-balik mengenai tiang agama ini, kerana ia juga adalah message Allah dalam al-Quran. Tujuan kita ialah hendak menolong diri kita sendiri, dan lebih jauh, minta kepada Allah untuk keluar daripada kesusahan, daripada bencana dan daripada musibah ini. Dengan cara apa ? Caranya Allah sendiri sudah menunjuk dan memandu dengan firmanNya :
![]()
Tafsirnya : "Wahai orang-orang yang beriman, mintalah pertolongan (untuk menghadapi sebarang kesusahan) dengan cara bersabar dan dengan cara (mengerjakan) sembahyang sesungguhnya Allah itu bersama dengan orang-orang yang sabar". Kita pada hari ini sedang mengikuti cara yang telah ditunjukkan oleh Allah ini. Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam dan para sahabat juga melakukannya. Dan elok untuk ikutan, bahawa Baginda Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam apabila hendak berhadapan dengan musuh, Baginda itu melakukan sembahyang hajat. Jadi ternyatalah kepada kita, bahawa inilah yang sebenar-benarnya jambatan kita. Sembahyang adalah jambatan untuk sampai kepada Allah. Bukan sahaja dalam masa kita susah, bahkan apa jua keadaan, sembahyang adalah senjata, sembahyang itu ubat, sembahyang itu penawar, sembahyang itu perisai, sembahyang itu dinding daripada api neraka,sembahyang itu penebus dosa dan kesalahan, sembahyang punca rahmat, sembahyang sumber berkat, sembahyang pencegah mungkar dan kejahatan, dan sembahyang itulah pembela dan penolong orang-orang yang beriman. Ini dapat dilihat dari hadis Ubadah bin Ash-Shamit Radhiallahu 'Anhu, bahawa Rasulullah Salallahu 'Alaihi bersabda, maksudnya: "Barangsiapa yang berwudhu' dengan wudhu' yang bagus, kemudian ia bangun melakukan sembahyang, dan disempurnakannya ruku'nya, sujudnya dan bacaannya, maka berkatalah sembahyang itu : Semoga Allah memeliharamu sebagaimana engkau memeliharaku. Kemudian naiklah malaikat membawa sembahyang itu ke langit, padanya ialah sinaran dan cahaya, maka dibukakan baginya segala pintu langit sehingga sampai ke hadrat Allah 'Azza Wajalla, maka ia pun (sembahyang tersebut) diizinkan oleh Allah untuk memberi syafa'at atau pertolongan kepada tuannya yang melakukannya." Saudara muslimin, Lebih-lebih dalam dunia yang fasad, yang serba rosak ini, kita hanya ada harapan untuk berlindung di balik ibadat sembahyang. Jika kita sembahyang, inilah kubu kita, inilah kota kita, dan inilah perisai kita. Orang yang sembahyang Insya Allah, langkahnya berat untuk sampai kepada munkarat. Orang yang sembahyang insya Allah, pintunya tertutup dari maksiat. Orang yang sembahyang insya Allah, dirinya tidak semudah itu untuk dijerat dan diperangkap oleh syaitan dan iblis. Orang yang sembahyang umurnya berkat. Orang yang sembahyang rezekinya berkat. Orang yang sembahyang Insya Allah, pekerjaanya berkat. Orang yang sembahyang insya Allah, perjuangannya berkat.
Dari kitab " Maka perempuan itupun memberitahu lelaki tersebut sebagaimana yang diarahkan oleh suaminya. Apa lagi, lelaki itupun berbuat sepertimana yang disyaratkan iaitu dengan diam-diam pada tiap-tiap hari selama 40 hari berturut-turut, dia telah sembahyang Subuh berimamkan suami perempuan tadi. Dipendekkan hikayat, setelah itu, perempuan itupun datang kepada lelaki yang durjana untuk memenuhi janji, katanya : "Nah, engkau telahpun memenuhi syarat, maka sekarang aku bersedia untuk mengikutkan apa jua kehendakmu." Subhanallah, apakah reaksi lelaki in ? Adakah dia terus menerkam ? Jawabnya tidak ! Tetapi dia telah berkata : ![]()
"Tidak ! Sesungguhnya aku telah bertaubat kepada Allah 'Azza Wajalla ! Aku telah bertaubat kepada Allah 'Azza Wajalla. ! Aku telah bertaubat kepada Allah 'Azza Wajalla !" Lelaki yang pada mulanya tergila-gila menginginkan hidangan yang lazat ini, dan sekarang hidangan itu sudahpun sedia dihadapannya untuk dinikmati pada bila-bila masa sahaja, tetapi dengan tiba-tiba dia menolak tidak berselera. Allahu Akbar ! Apa ni ? Akal kita bingung memikirkannya. Si perempuan lalu balik kepada suaminya, memberitahukan kejadian ini. Tetapi si suami tidak terkejut, malahan dengan tenang dia berkata : ![]()
"Maha Benar Allah yang Maha Agung, yang telah berfirman : "Sesungguhnya ibadat sembahyang itu adalah mencegah daripada perbuatan keji dan munkar." Lihat, saudara muslimin, keramat sembahyang ! Berkat sembahyang ! Sembahyang telah mengeluarkan seorang hamba daripada keadaannya yang keji, yang sentiasa dimurkai oleh Allah kepada suatu alam baru yang penuh dengan cahaya gilang-gemilang, cahaya Islam, cahaya iman dan taqwa. Mari saudara-saudara muslimin, kita tagih cahaya keredhaan Allah dengan sembahyang, biar ia memancar di dalam rumah-rumah kita, biar ia memancar di dalam kampung halaman kita dan biar ia memancar di dalam negara kita. Insya Allah jika ini ada, maka rahmat pasti akan turun, hujan akan turun, rezeki bertambah melimpah-limpah, negara akan aman dan rakyat berbahagia. Tetapi syaratnya, janganlah pula ia di sapak-sapak lagi, jangan pula dicampur-aduk lagi dengan munkarat dan maksiat yang menjadi pantang Allah.
![]() ![]()
![]()
(Perhatian : Mulai dari sini Khatib mengalihkan sahalnya dari kanan dan ke kiri dan dari kiri ke kanan berkali-kali dan dari bahagian bahu kanan ke atas bahu kiri dan sebaliknya. Dan juga sunat menghadap kiblat membelakangi ma'mun sehingga habis do'a ini.)
![]()
![]()
![]()
![]()
![]()
![]()
![]()
(Disini khatib menghadap jemaah semula) ![]()
|
|