TAHUN 2 BILANGAN 2
SAFAR-RABIULAWAL/JUN 1998



JAWAPAN TARBIAH MINDA AL-HADAF MAC 1998

    1. Jika seseorang itu merasa yakin atau kuat pada sangkaan bahawa sesuatu hadiah itu bukan kerana rasuah dan tidak mempunyai tujuan yang buruk, maka hukum menerima hadiah itu adalah sunat.

    2. Mewakili Jabatan Mufti Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri di Seminar Serantau Mufti dan Fatwa yang berlangsung di Malaysia ialah :

      i.) Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Paduka Setia Raja Dato Seri Setia Haji Awang Suhaili bin Haji Mohiddin, Timbalan Mufti Kerajaan.

      ii) Awang Haji Japar bin Haji Maidin, Pegawai Istinbat Kanan.

    3. Islam melarang perempuan menyaringkan suara diantara lain dalam perkara berikut :

      i) Ketika membaca di dalam sembahyang, sekiranya didengar oleh lelaki asing.

      ii) Perempuan dilarang azan (bang).

      iii) Sewaktu talbiah dalam haji di hadapan lelaki.

    4. Hasrat penubuhan Mahkamah Syariah sehingga ke tahap yang setinggi-tingginya dititahkan pada 15 Julai 1996 di Istana Nurul Iman.

    5. Orang yang harus dipinang itu bukanlah termasuk orang yang haram bernikah dengan orang yang meminang dalam bentuk kekal antaranya ialah ibu, emak saudara, saudara perempuan, anak perempuan, anak saudara, mertua dan menantu. Sementara haram dalam bentuk sementara pula antaranya ialah seperti isteri abang atau adik, isteri orang lain, perempuan yang di dalam 'iddah daripada talak Raj'i, talak Ba'in dan iddah kerana kematian suami. Para Fuqaha' sepakat mengatatakan meminang perempuan di dalam ketiga-tiga keadaan itu dengan lafaz yang terang adalah haram, tetapi dibolehkan jika dengan lafaz sindiran kecuali perempuan di dalam talak Raj'i.

Di Dalam