Jabatan Mufti Kerajaan _ Al-Hadaf Keluaran Disember 1997

TAHUN 1 BILANGAN 3

SYAABAN 1418 / DISEMBER 1997



SOALAN TARBIAH MINDA, DISEMBER 1997

  1. Puasa dalam bulan Ramadhan adalah salah satu daripada rukun Islam yang diwajibkan kepada setiap umat Islam yang cukup syarat-syaratnya. Bagaimanapun wanita yang hamil, adalah harus baginya berbuka. Macamanakah kedudukan puasa yang ditinggalkannya itu ?

  2. Zakat fitrah itu wajib dikeluarkan terlebih dahulu bagi diri sendiri, kemudian barulah dikeluarkan untuk orang-orang yang di bawah tanggungannya. Macamanakah kedudukan zakat fitrah bagi isteri yang nusuz.

  3. Negara Brunei Darussalam telah menjadi tuan rumah Persidangan Kelapan Majlis Akademi Fiqh Islam pada tahun 1993. Dimana dan bila Persidangan ke-10 Majlis Akademi Fiqh Islam diadakan ?

  4. Adalah harus bagi perempuan memakai barang-barang perhiasan seperti cincin, gelang, loket dan seumpamanya dalam batas-batas yang ditentukan syara' ?. Macamanakah kalau perempuan itu memakai barang perhiasan yang berbunyi ? (mengeluarkan bunyi bila digerakkan).

  5. Para ulama sepakat menyatakan bahawa sunat bagi lelaki menziarahi kubur orang-orang Islam terutama sekali menziarahi kubur kedua ibu bapanya. Apa pula hukum menziarahi kubur bagi perempuan ?

SYARAT DAN PERATURAN
TARBIAH MINDA

  1. Quiz terbuka kepada semua pembaca yang terdiri daripada rakyat dan penduduk Negara Brunei Darussalam sahaja.

  2. Peserta hanya dibenarkan menghantar satu penyertaan sahaja.

  3. Soalan-soalan hendaklah dijawab kertas berukuran A4 disertakan dengan Nama, alamat lengkap dan nombor telefon dan kad pengenalan.

  4. Soalan-soalan bersumber daripada : buku-buku terbitan Jabatan Mufti Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri, suratberita al-Hadaf, dan Rancangan radio Irsyad Hukum menerusi Rangkaian Nur Islam 93.3 FM. Setiap hari Jumaat dan Isnin 10.15 pagi.

  5. Penganjur akan menyediakan satu hadiah istimewa kepada seorang sahaja yang berjaya menjawab kesemua soalan dengan betul. Jika lebih dari seorang yang menjawab dengan betul, maka pihak penganjur menghendaki peserta-peserta itu menulis sebuah karangan yang mengandungi 30 - 50 patah perkataan mengenai suatu tajuk yang akan diberikan kemudian. Peserta yang karangannya terbaik akan dikira sebagai pemenang.

  6. Hadiah tidak boleh ditukar dengan wang tunai

  7. Jawapan dan keputusan akan dimuatkan dalam keluaran berikutnya dan juga akan dimaklumkan melalui surat kepada pemenang.

  8. Keputusan adalah muktamad dan surat menyurat mengenainya tidak akan dilayan.

  9. Penyertaan hendaklah dihantar kepada :

    KETUA PENGARANG al-Hadaf
    Jabatan Mufti Kerajaan
    Jabatan Perdana Menteri
    Tingkat 3 Bangunan Kementerian Hal Ehwal Ugama
    Bandar Seri Begawan BS 1180
    Negara Brunei Darussalam


  10. Tarikh tutup : 1 Februari 1998

Di Dalam