|
|
| TAHUN 1 BILANGAN 3 | SYAABAN 1418 / DISEMBER 1997 |
SEMASA JEREBU : Setiap kejadian yang berlaku, khasnya yang berupa bencana hendaklah kita lihat sama ada ia ujian daripada Allah, ataupun suatu bala disebabkan oleh dosa Jika pada keluaran yang lalu, al-hadaf telah menyiarkan ulasan Yang Dimuliakan Lagi Dihormati Pehin Mufti Kerajaan tentang makanan halal, khasnya daging-daging, maka pada keluaran kali ini pula, al-hadaf telah mewawancara beliau mengenai jerebu. Ikutilah wawancara tersebut : - PENGARANG Pengarang: - "Pehin , dari segi Islam, apakah yang patut kita ungkapkan mengenai jerebu, adakah ia kejadian biasa atau bagaimana?" Mufti:
Jika menurut pakar-pakar 'ecology', mereka melihat kejadian-kejadian yang berlaku itu hanyalah semata-mata dari sudut hubungannya dengan aktiviti manusia atau organisme kehidupan. Lalu kerana itu, apabila yang berkaitan mengenai dengan udara umpamanya, mereka hanyalah membincang dari sudut kualiti, pencemaran dan hubungannya dengan kesihatan. Itu sahaja. Tetapi agama Islam, tidak hanya setakat itu, malahan apa jua kejadian yang berlaku, akan turut pula dihubungkan dengan dua perkara : Sama ada ianya sebagai ujian Allah, ataupun sebagai bala yang diturunkan kerana dosa dan maksiat yang dilakukan oleh manusia. Begitulah dengan jerebu, ia adalah bala, yang menetandungi asap, habuk dan kabus yang teperangkap dalam udara, yang bercampur dengan hammad dan zarrah-zarrah (partikel-partikel) yang terapung secara berserakan yang amat berbahaya jika dihirup secara berterusan. la terjadi dari pelbagai sumber, seperti asap kereta, asap rokok, asap kebakaran, gas-gas yang tecemar yang bertindakbalas di udara dan lain-lain. Semua itu dapat dikesan melalui pembacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang mengenalpasti beberapa gas yang boleh merosakan kesihatan, seperti karbon monokside, sulfur diokside, nitrogen diokside dan ozon. Dari pembacaan melalui IPU inilah dapat diketahui dan ditetapkan: 0-50 sebagai baik; 51-100 sederhana; 101-200 tidak sihat; 201-300 berbahaya dan 301-500 sangat berbahaya.Di sebuah negeri yang berjiran dengan kita pernah mencatatkan sampai 800, iaitu melebih dari tahap yang sangat berbahaya. Kerana itulah negeri tersebut sampai mengisytiharkan darurat buat beberapa waktu. Dari manapun sumber atau puncanya, tetaplah daripada Allah. Yang nampak ialah disebabkan oleh kebakaran-kebakaran besar di hutan-hutan di negara jiran. Tetapi sekiranya terdapat hujan, masalahnya tentulah berlainan. Oleh itulah, terdapat pihak-pihak yang telah mengusahakan 'hujan tiruan', walaupun dengan perbelanjaan yang sangat besar, kerana diyakini dengan hujan itu masalah jerebu akan dapat diatasi. Namun kenyataannya adalah: Hujan tiruan tetap tidak berkesan apa-apa dan kemarau serta kebakaran masih juga beterusan. Jadi apakah yang mahu kita kaitkan dengan kemarau panjang ini, dan jerebu yang mencemaskan itu? Tentu sahaja ianya bukan kehendak siapa-siapa, tetapi kehendak Allah. Pada zaman Nabi Allah Yusuf 'Alaihissalam tujuh tahun kemarau, dan di dalam Surah Ad-Dukhan pula Allah berfirman:
Tafsirnya : Tunggulah (wahai, Muhammad ) semasa langit membawa asap kemarau yang jelas nyata ( yang menyebabkan kebuluran yang dahsyat), yang akan menimpa seluruh keadaan manusia ( sehingga mereka itu akan berkata) : "Ini adalah satu azab yang cukup menyakitkan". Pada ketika itu merekapun merayu dengan berkata : "wahai Tuhan kami, hapuskanlah azab ini daripada kami, sesunguhnya kami akan beriman." Dari ayat ini, akan terjawablah, babawa asap kemarau atau jerebu yang luar biasa itu, tidak lain adalah akibat dosa jua. Hanya kita belumlah tergambar betapa ngerinya azab kemarau itu sekiranya ia berpanjangan. Bayangkanlah jika tujuh tahun seperti pada zaman Nabi Allah Yusuf, sedangkan belum sampai setahunpun, keadaan jerebu yang menimpa rantau kita ini telah menyebabkan kita kelam kabut. Baru-baru ini kebetulan ada kesempatan kita ke Jakarta, ada orang memberitahu disana, bahawa kemarau yang mereka alami sudah masuk lapan bulan. Rumput-rumput kelihatan merah, dan bahkan di setengah tempat itu tiada berumput pun. Hatta pokok-pokok pisang juga seolah-olah kecut tiada segar dan banyak daun-daunnya yang kering. Dimanakah 'hujan tiruan'? Dan apakah langkah lagi untuk mengatasi kemarau ini? Adakah ikhtiar lain yang boleh dibuat selain daripada mencuba 'hujan tiruan'? Jawabnya tidak ada. buntu! Buntu!I Pakar-pakar 'ecology', pakar perubatan dan pakar alam sekitar telah kehabisan jalan, selain daripada menyukat dan menyukat serta membaca IPU untuk makluman orang ramai. Dan paling bermakna pihak-pihak yang berkaitan itu hanya dapat menyediakan kemudahan-kemudahan untuk perlindungan dan juga rawatan daripada jererbu. Pengarang : "Bagaimanakah dengan ikhtiar dari segi agama, seperti membaca do'a dan sembahyang hajat?" Mufti: "Inilah juga yang ingin saya ulas. Seperti saya katakan awal-awal tadi. setiap kejadian yang berlaku, khasnya yang berupa bencana-bencana itu, hendaklah kita lihat, samada ia ujian daripada Allah, ataupun suatu bala yang disebabkan oleh dosa. Ini adalah cara atau sunnah orang-orang salaf, mereka itu lambat mencari punca secara 'alami', secara hukum 'nature' dan kebiasaan, tetapi mereka lekas dan terus kepada diri sendiri, terus memuhasabah diri dan menyalahkan diri sendiri, sekalipun mereka tidak pasti, dan bahkan tidak tahu apakah dosa mereka. Namun oleh kerana adanya sifat suka merendah diri, sifat takwa, sifat takut dan sifat tawadhu', maka mereka mengaku saja tanpa segan-secran dan tanpa malu-malu akan kesalahan jika ada, dan membuktikannya (pengakuan itu) dengan taubat, dengan munajat, dengan do'a dan dengan sembahyang serta sedekah". Pengarang: "Apabila Pehin menyebut tentang do'a kita teringat, di Majlis Sambutan Hari Guru pada 23 September, 1997 yang lalu, terdapat doa fasal jerebu. Dan juga di dalam do'a itu ada mengajak orang ramai supaya sembahyang hajat. Pada malam selepas majlis itu, alhamdulillah, hujan telah turun dengan lebatnya berserta angin kencang. Pada malam berikut keesokannya pula, seluruh masjid kita mengadakan sembahyang hajat serta membaca do'a khas selama tiga hari berturut-turut. Jika tidak silap, pada hari-hari tersebut, hujan turun saja sehingga menyebabkan jerebu sangat berkurangan dan negara kita cerah. Apakah pula ulasan Pehin mengenainya ? Mufti: "Ingin saya sebutkan mula-mula sekali, bahawa tiga hari berturut-turut sebelum hari Guru itu, di istana, dengan titah perintah Kebawah Duli Yaner Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yana Di-Pertuan sendiri, telahpun diadakan majlis membaca Surah Yaasiin dan sembahyang hajat selepas sembahyang fardhu Mighrib. Baginda sendiri dan beberapa ahli kerabat berkenan berangkat menyertainya. Sebenarnya, menyebut perkara jerebu dalam do'a ada Hari Guru itu, secara langsung kita adalah diilhami oleh majlis di istana tersebut. Alhamdulillah, dengan do'a-do'a dan bacaan-bacaan Yaasiin itu, Allah telah menampakkan rahi-nat daii kuasa-Nya dengan menurunkan hujan, sehingga kesannya amat menakjubkan. Inilah keramat dan rahasia do'a beramai-ramai. Ada dari kalangan orang ramai itu seorang sahaja orang salih, yang didengar dan Sterna olch Allah do'anya, maka itu sudah memadai untuk hajat kita sekalian tercapai. Kita tidak tahu do'a siapakah yang makbul itu'? Usahlah dicari siapa, yang penting hajat kita terkabul. Kadang-kadang orangnya kita tidak menyangka, dan mungkin juga kita tidak pernah mengenalinya, sebagaimana cerita Awis al-Qarni seorang tukang gembala kambing, yang tidak dikenali sama sekali, hatta oleh tuannya sendiri, tetapi Nabi Sallallaliu 'Alaihi Wasallam berpesan kepada dua orang sahabat Baginda, Sayyidina 'Umar dan Sayyidina Ali Radhiallahu 'Anhuma supaya mencarinya untuk minta dido'akan. Do'a orang ini mustajab kerana kelebihannya memelihara makan minum yang halal. Menurut Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam : Awis al-Qarni adalah seorang yang tidak dikenali di bumi tetapi cukup terkenal di langit. Sayyidina 'Umar Radhiallahu Anhu pula pernah terserempak dengan sekumpulan kanak-kanak yang sedang bermain-main. Beliaupun memanggil kanak-kanak yang sedang bermain-main. Beliaupun memanggil kanak-kanak itu dan meminta mereka menadah tangan sambil mengulang-ulang perkataan : Amin, amin, amin.......", sedangkan beliau sendiri membaca do'a untuk dirinya sendiri. Sebagai membalas kerjasama kanak- kanak ini, beliau telah memberikan upah atau hadiah kepada mereka. Lihatlah keanehan Sayyidina 'Umar ini. Sebenamya beliau benar-benar faham dan cukup mengetahui akan keutamaan atau kelebihan kanak-kanak sebagai makhluk yang belum lagi dibebankan denoan taklif (tanggungjawab syara'), masih suci dan bersih daripada sebarang dosa. Mereka adalah wali-wali Allah dari kalangan para aulia-Nya. Maka oleh kerana itu, Sayyidina 'Umar mengambil kesempatan ini, dengan berharap-harap, bahawa dengan pertolongan daripada kanak-kanak itu mengaminkan do'a beliau, maka do'anya itu akan diterima oleh Allah, iaitu berkat kanak-kanak yang masih suci bersih, belum lagi pandai melakukan sebarang dosa itu. Demikian satu dari teladan yang berharga lagi indah, bahawa jauhari jua yang mengenali maknikam. Wallahu A'lam. |