TAHUN 1 BILANGAN 3

SYAABAN 1418 / DISEMBER 1997

AL-HADAF TERUS
TERIMA PENGHARGAAN
DAN KOMEN

Sidang Pengarang Ucap Terima Kasih

"Kaola mengucapkan setinggi-tinggi tahniah atas penerbitan Suratberita al-Hadaf yang Jabatan Pehin terbitkan dan sekarang sudah sampai kepada keluaran kedua yang mana tajuk-tajuk yang dimuatkan dalam makalah ini sangatlah menarik dan mempunyai unsur-unsur yang boleh memantapkan lagi pegangan kita yang menerima dan meyakini Islam sebagai cara hidup yang lengkap.

Kaola berdoa semoga usaha Pehin dan semua yang berkenaan akan diterima oleh Allah Subahanahu Wata'ala sebagai amal yang berkebajikan dan lebih-lebih lagi kepada pemimpin kita, Paduka Anakanda Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam serta Kerajaan Baginda."

Pehin Orang Kaya Laila Wijaya,
Dato Seri Setia Haji Awang Abdul Aziz
Menteri Pendidikan
Negara Brunei Darussalam

"Majalah al-Haaf ini sungguh berguna dan berfaedah kepada para pembaca. Saya ucapkan tahniah kepada Pehin Datu Seri Maharaja Mufti dan anggota Jabatan Mufti Kerajaan di atas pencapaian ini"

Syed Isa Bin Mohd. Semait
Mufti Negara Singapura

"Semoga dengan kiriman tuan ini dapat mengeratkan lagu hubungan silaturrahim antara Jabatan Mufti dan Jabatan kami dan dapat kami manfaatkan bersama demi kepentingan ummah, agama bangsa dan negara".

Tuan Haji Hassan bin Haji Ahmad
Mufti Kerajaan Negeri,
Pulau Pinang

"Kaola sangat tertarik dengan kandungan suratberita yang pada keseluruhannya memberikan pengajaran dan nasihat yang sangat beguna. Abis kaola berharap semogalah penerbitannya akan berterusan."

Dato Paduka Haji Danial Haji Hanafiah
Setiausaha Tetap
Kementerian Perindustrian dan
Sumber-Sumber Utama
Negara Brunei Darussalam

"Jabatan ini merakamkan setinggi-tinggi tahniah atas munculnya risalah yang amat bermanfaat itu. Kami berpendapat bahawa kandungan al-Hadaf mampu menjadi pejana kepada budaya ilmu khasnya dalam meningkatkan kefahaman umat Islam terhadap syariat Islamiah.

Haji Mohd. Ariffin bin Mohd. Arif
B/p: Pengarah,
Jabatan Hal Ehwal Agama
Negari Sabah

"As Ambassador to Brunei Darussalam, I am always interested in any possibility to know and understand better the life and aspirations of the Bruneian authorities and people.

With the best wishes of success for the new bulletin and my highest regards to the Mufti and the staff of the Mufti's Office"

Mr. Eugen Popa
Ambassador, Embassy of Romania
(Resident in Kuala Lumpur)

"The Embassy acknowledges with thanks the receipt of this very interesting publication".

Leonore Krutter
1st Secretary and Consul
Australian Embassy
Kuala Lumpur

"May I take this opportunity to express to You my gratitude and my sincere desire to promote the cooperation between our two countries, particularly in religion affairs."

Amadou N'DIAYE
Embassy of The Republic of Mali,
Jakarta Selatan, Indonesia

"Apa yang saya harapkan ialah majalah al-Hadaf ini akan sentiasa kami perolehi setiap keluarannya, memandangkan artikel di dalamnya banyak sekali bersangkut paut dengan Jurusan ilmu yang kami tuntut ketika ini. Rata-rata sambutan majalah ini mendapat sambutan yang mengejutkan dikalangan Mahasiswa-mahasiswi, kerana al-Hadaf menyampaikan Fatwa-fatwa yang boleh menyelesaikan kemuskilan hukum serta memberikan informasi terkini mengenai perkembangan Islam di Tanahair kita. Tapi apa yang mendukacitakan saya ialah Mahasiswa-mahasiswi terpaksa berebut-rebut dan menanti giliran membaca."

Ariffin bin Dato Paduka Hj. Abu Bakar
Yang Dipertua Badan Kebajikan
Penuntut Brunei di Kaherah

"Lagi satu usaha abis pehin meneruskan penambahan ilmu dan pembimbing kehidupan yang selamat, konsep Melayu Islam Beraja (MIB), khusus kepada abis kaola sekeluarga dan pada dasarnya kepada semua lapisan rakyat dan penduduk Negara Brunei Darussalam".

YDM Pehin Maharaja Lela Lt. Kol. (B)
Dato Seri Laila Jasa Hj A Musa Hj Yaakub

"Hidangan al-Hadaf amat menarik. Saya dengan tulus ikhlas turut mengucapkan TAHNIAH. Satu sahaja pandangan saya jika munasabah, iaitu ruangan untuk wanita perlu diisi, memandangkan masalah kaum wanita itu sentiasa memerlukan penghuraian yang berterusan. Di dalam ruangan wanita misalnya, kita dapat menyampaikan pimpinan untuk semua, seperti dalam perkara ibadat, budi pekerti, pakaian, hubungan suami isteri, pendidikan dan lain-lain lagi. Dari wanita kita lahir (secara inidividu) dan dari wanita juga kita mencipta bangsa, yakni acuan bagi semua ialah wanita".

Datin Hajah Maznah bte Haji Muhammad
Pegawai Ugama Kanan,
Kementerian Hal Ehwal Ugama

Di Dalam