|
|
|
| TAHUN 1 BILANGAN 3 | SYAABAN 1418 / DISEMBER 1997 |
|
Alhamdulillah, Negara Brunei Darussalam telah kembali pulih seperti biasa setelah diselaputi jerebu akibat dari kebakaran hutan di negara jiran Republik Indonesia. Jerebu yang melanda sampai ketahap yang membimbangkan, lebih-lebih lagi apabila darurat telah diisytiharkan di Sarawak. Umat Islam di negara ini melihat jerebu sebagai salah satu bencana alam, ujian dan bala. Mereka telah sama-sama sembahyang hajat, membaca Surah Yaasiin dan memohon do'a kepada Allah agar terhindar dari sesuatu yang tidak diingini dan agar keadaan akan pulih seperti sediakala. Seluruh masjid dan surau telah diarahkan untuk berbuat demikian. |
|