|
|
| TAHUN 1 BILANGAN 3 | SYAABAN 1418 / DISEMBER 1997 |
|
Bila tiba bulan Ramadhan biasanya akan timbul berbagai kemusykilan mengenai ibadat puasa. Ada yang bertanya mengenai kontek lens, bertitik mata, 'bainjik, pemindahan darah, memasukkan ubat melalui lubang yang ditebuk pada perut, menitik ubat ke dalam telinga dan bermacam-macam lagi. Pertanyaan ini ditimbulkan semata-mata untuk mempastikan ibadat puasa yang ditunaikan itu sah dan sempurna. Bagi menjawab sah atau batal puasa seseorang itu pertama sekali perlu dilihat dulu apakah perkara yang membatalkan puasa itu. Cuba perhatikan, pekara-perkara yang membatatkan puasa ialah :-
Biasanya persoalan yang selalu ditimbulkan ialah dalam perkara memasukkan sesuatu ke dalam rongga dengan senghaja. Untuk itu perlu dijelaskan dulu apa yang dimaksudkan dengan benda, lubang yang terbuka, sengaja dan rongga itu. Maksud dengan 'benda' di sini ialah apa-apa jua benda walaupun sedikit, samada yang boleh dimakan seperti sebiji lenga atau yang tidak boleh dimakan seperti sebutir pasir. Tidak termasuk benda itu ialah rasa, warna atau bau. Apabila masuk ke dalam rongga seseorang itu sesuatu yang bukan benda seperti rasa, warna atau bau, tidaklah membatalkan puasa. Yang dimaksudkan dengan lubang yang terbuka itu ialah tempat masuk atau keluar sesuatu, samada lobang itu semulajadi adanya seperti mulut, hidung dengan sebagainya atau yang baru wujud seperti luka. Adapun maksud 'sengaja' itu pula ialah dilakukan sendiri atau oleh orang lain dengan keizinannya. Manakala maksud rongga pula ialah apa-apa saja yang dinamakan rongga samada rongga itu mempunyai kuasa memproses makanan atau ubat ataupun tidak seperti rongga otak, kerongkong atau rongga mulut, rongga hidung, rongga telinga, perut, dubur, faraj, pundi-pundi kencing, lobang tempat keluar air kencing lelaki, lobang tempat keluar air susu ( al-ihlil). Untuk jelasnya berikut adalah huraian maksud tiap-tiap satu dari rongga-rongga yang disebutkan itu.
|