TAHUN 1 BILANGAN 3

SYAABAN 1418 / DISEMBER 1997



MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH
TARBIAH MINDA

    Pg Md. Yussof bin Pg Hj Omar dari Kg. Perpindahan Lambak Kanan telah berjaya memenangi hadiah Tarbiah Minda al-Hadaf keluaran April 1997, berupa satu set Komputer Peribadi yang disumbangkan oleh Percetakan dan Perdagangan Avesta Sdn Bhd.

    Pemilihan ini berdasarkan penilaian karangan pendek yang dihasilkan oleh 14 orang peserta yang berjaya menjawab soalan Tarbiah Minda al-Hadaf tahun 1 bilangan 1 dengan betul. Majlis Penyampaian hadiah dan cenderamata kepada peserta yang berjaya dan kesemua peserta yang menjawab dengan betul telah diadakan pada hari Sabtu 2hb Jamadilakhir, 1418H bersamaan 4hb. Oktober 1997 Masehi bertempat di Jabatan Mufti Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri, Tingkat 3 Bangunan Kementerian Hal Ehwal Ugama di ibu negara.

    Penyampaian hadiah dan cenderamata telah disempurnakan oleh Yang Mulia Awang Ahmad Bukhari bin PSRK Haji Abu Hanifah. Pengarah Pentadbiran Jabatan Mufti Kerajaan.

    Terdahulu dari itu Awang Haji Mohiddin bin Haji Mustapha, Ketua Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Mufti Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri, antara lain telah menerangkan mengenai dengan tujuan Tarbiah Minda al-Hadaf dan penghakiman.

Di Dalam