|
|
| TAHUN 1 BILANGAN 3 | SYAABAN 1418 / DISEMBER 1997 |
|
Yang Dimuliakan Lagi Dihormati Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned, Mufti Kerajaan Negara Brunei Darussalam.
TIDAK HARUS MEMUTUSKAN KETURUNAN
Soalan: Dengan segala hormatnya sukacita dan penuh takzim memaklumkan bahawa dalam usaha pihak Jabatan Perubatan meningkatkan pengawalan ke atas penggunaan ubat-ubatan dengan lebih baik demi memastikan keselamatan pengguna, pihak kaola telah bermesyuarat dan seterusnya menghasilkan satu garis pandu khas bagi penggunaan pil-pil perancang. Bersama ini disertakan kesimpulan yang diambil dari mesyuarat tersebut untuk rujukan Pehin jua. Seperti yang dimaklumi, setakat ini belum ada ketetapan mengenai pemberian pil-pil perancang ini kepada pengguna-pengguna yang beragama Islam oleh doktor--doktor kerajaan. Sehubungan ini pihak kaola sukacita memohon apa jua pandangan serta nasihat Pehin mengenai perkara ini terutama terhadap perkara (e) @ dalam garis pandu yang disertakan @ Cabutan dari maksud (e) itu ialah : Oral Contraceptive Pills (OCP) ini adalah boleh ditentukan oleh doktor-doktor kerajaan yang berkenaan bagi pengguna-pengguna berdasarkan kehendak-kehendak perubatan penjarakan kelahiran anak (child spacing), kesejahteraan ibu (safe motherhood) dan penjagaan anak yang lebih berkualiti (quality care of children). Jawapan :
Kawalan ke atas pil-pil perancang itu adalah wajar supaya jangan ada pihak-pihak tertentu menyalahgunakannya. Pertumbuhan penduduk memberikan kesan langsung terhadap perjalanan umat. Boleh dilihat dari berbagai-bagai sudut ; agama, ekonomi, sosio-budaya, politik dan lain-lain. Pengimpotan orang-orang Yahudi dari luar Israel supaya masuk ke Palestin telah merubah imbangan kuasa bangsa Arab dan bangsa Yahudi. Dengan berbagai -bagai bantuan serta sokongan moral dan material oleh kuasa Barat, segala-segalanya berpihak kepada bangsa Yahudi, jadilah orang-orang Arab Palestin bertambah lemah dan menderita di tanah airnya sendiri. Kuasa penduduk majoriti inilah juga merubah aliran politik suatu negara itu. Semuanya atas nama demokrasi. Kalau sebuah negara itu diduduki oleh berbagai-bagai kaum atau bangsa akan bertambah jelas kuasa politik di tangan majoriti itu. Tetapi Alhamdulillah jikalau kuasa itu ditangan orang Islam, orang bukan Islam yang minoriti sepanjang yang dapat dibuktikan oleh sejarah pasti akan terjamin keselamatan hidupnya kerana dasar Islam, kezaliman adalah suatu dosa. Islam itu adalah rahmat bagi sekalian alam. Tetapi belum tentu sebaliknya. Sejarah Bosnia boleh diambil iktibar. Kekejaman puak Serb terhadap orang-orang Islam tidak lagi dapat disembunyikan sehingga media-media dunia memberita dan mencap puak Serb itu sebagai 'pengganas'. Erti pengganas itu cukup jelas. Pil perancang keluarga rupa dan bunyinya adalah bagus apabila dihubungkan dengan kehendak-kehendak perubatan, kesejahteraan ibu dan penjagaan anak-anak yang lebih berkualiti. Apa yang menjadi kekhuatiran dan kebimbingan ialah kawalan yang bersifat umum. Maksudnya dikenakan kepada semua ibu-ibu atas nama penghasilan atau ekonomi yang tidak mencukupi jika dibandingkan pertambahan penduduk yang begitu tinggi dan cepat. Dengan alasan penghasilan yang tidak seimbang itu lalu dikempenkan perancangan keluarga supaya jumlah keluarga hanya mengikut kemampuan kadar pendapatan atau hasil yang diperolehi. Atas nama kawalan pil perancang keluarga ini juga tanpa disedari ada unsur-unsur perancangan keluarga yang bersifat umum itu. Inilah yang kita bimbangkan. Secara jangka panjangnya, kawalan pil-pil itu bertujuan menghadkan pertumbuhan penduduk dengan nama perubatan, kesejahteraan ibu-ibu, atau penjagaan anak-anak yang lebih berkualiti atau lain-lainnya. Apa akan jadi? Inilah persoalan agama dan lain-lain persoalan. Apakah sikap agama terhadap hukum merancang keluarga? Menjawab persoalan ini al-Imam Muhammad Abu Zahrah telah menulis dalam bukunya Tanzhim al-Usrah wa Tanzhim al-Nasl. Beberapa buah fikirannya kita nukilkan di sini untuk sama-sama mendapatkan pandangan dari al-Imam itu (salah seorang ulama besar di Mesir, dikatakan 'Imam' pada zamannya): "Agama Islam menyeru kepada perkahwinan dan menggalakkannya. Nabi Sallalahu 'Alahi Wasallam sendiri menyebutkannya sebagai sunnah Islam. Sabda Baginda Sallallahu 'Alahi Wasallam:
Maksudnya : "Maka sesiapa yang tidak menyukai sunnahku, maka dia bukanlah dari kalanganku." (Hadis riwayat Bukhari ) Para belia disunatkan supaya berkahwin, sabdanya:
Maksudnya : "Wahai golongan pemuda! Barangsiapa dari antaramu mampu menikah, hendaklah dia nikah, kerana yang demikian itu amat menundukkan pemandangan dan amat memelihara kehormatan, tetapi barangsiapa tidak mampu, maka hendaklah dia puasa, kerana (puasa) itu menahan nafsu baginya." (Hadis riwayat Bukhari ) Hadis-hadis sahih yang menyuruh berkahwin adalah banyak termasuk prasyarat bakal calon suami/isteri dilihat dari berbagai-bagai sudut diantaranya ialah agamanya, keturunannya yang baik, supaya generasi penyambung akan sihat dan berkualiti. Tidak syak lagi bahawa di antara tujuan dari perkahwinan itu ialah untuk memperolehi zuriat dan untuk memperbanyak keturunan. Imam Ahmad meriwayatkan hadis Anas, bahawa Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda:
Maksudnya : "Kamu kahwinilah keturunan yang ramai anak, kerana sesungguhnya saya akan berbangga dengan kamu kepada nabi-nabi lain pada Hari Kiamat."; (Hadis riwayat Abu Daud dan Nasa'i) Abu Daud dan Nasa'i meriwayatkan dari Ma'qil Yasar bahawa seorang lelaki datang menemui Nabi Sallallahu 'Alahi Wasallam, kata lelaki itu: "Saya telah mengahwini seorang perempuan bangsawan lagi cantik, tetapi dia tidak beranak." Katanya: "Tidak mengapa". Kemudian datang lagi untuk kedua kalinya, tetapi dilarang oleh Nabi. Untuk ketiga kalinya lelaki itu datang lagi, maka nabi pun bersabda:
Maksudnya: "Berkahwinlah dengan wanita yang penyayang dan peranak kerana sesungguhnya dengan (banyak bilangan) mu, aka akan mengalahkan (bilangan) umat-umat (yang lain)." (Hadis riwayat Abu Daud) Kedua-dua hadis ini adalah haids marfu' dan para ulama tidak ada mempersoalkan riwayat keduanya. Diriwayatkan bahawa Nabi Sallalahu 'Alaihi Wasallam bersabda :
Maksudnya: "Tikar di sudut rumah adalah lebih baik dari seorang perempuan yang tidak beranak." Di antara ulama ada yang menyebutkan bahawa hadis ini mauquf kepada Sayyidina 'Umar Radhiallahu 'anhu. Sayyidina 'Umar sendiri adalah seorang yang benar, lurus lagi dipercayai dan benar-benar faham tentang Islam, dan ucapannya tidak mungkin timbul kecuali ucapan yang benar-benar datang dari sifat-sifat kejujuran dan keramahannya itu. Diriwayatkan bahawa Nabi Sallalallahu 'Alahi Wasallam bersabda:
Maksudnya: "Dan sebaik-baik perempuan kamu ialah yang penyayang lagi ramai keturunannya." Berkata ahli hadis, bahawa hadis ini adalah hadis mursal, kerana tidak disebutkan perawinya dari sahabat. Hadis mursal mengikut Abu Hanifah dan Imam Malik adalah hujjah. Manakala mengikut Imam Syafi'e adalah juga hujjah apabila ianya disokong oleh musnad telah sabit diriwayatkan yang semakna dengan hadis ini, di mana Imam Ahmad Radhiallhu 'anhu telah meriwayatkan hadis musnad melalui riwayat lain daripada Anas dan juga hadis yang seumpamanya daripada Ibnu 'Umar. Seruan untuk memperbanyak keturunan telah warid dalam hadis-hadis yang banyak. Ahli hadis menyebutkan bahawa sesetengah perawi hadis-hadis itu adalah lemah, akan tetapi kelemahan ini hilang dengan sebab banyak riwayatnya dari sahabat dan maknanya terdapat banyak hadis. Berkata Ibnu Hajar dalam Fath al-Bari: "Hadis-hadis ini walaupun ada yang lemah, pada keseluruhannya adalah menunjukkan galakan untuk berkahwin, tetapi ianya adalah bagi orang yang boleh menghasilkan keturunan dari perkahwinan itu." Oleh kerana itu, memperbanyak keturunan itu sendiri adalah dituntut dan itulah dia matlamat utama perkahwinan dalam Islam. Dan memperbanyak keturunan adalah fitrah dan tabiat semula jadi manusia, bahkan ia juga adalah tabiat semula jadi binatang. Tidak syak lagi bahawa menegah atau menghalang adanya keturunan adalah bertentangan dengan fitrah dan Islam itu sendiri adalah agama fitrah. Sebagaimana firman Allah Ta'ala :
Tafsirnya: "Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada agama (Allah); (tetaplah atas) fitrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu. Tidak ada perubahan pada fitrah Allah. (Itulah) agama yang lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui." ( Surah al-Rum : 30 ) Dalam perkara rezeki anak-anak, Allah Ta'ala menyuruh supaya tetap
menyerahkannya kepadaNya selepas berusaha secara halal.
Tafsirnya: "Dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana takut kemiskinan. Kami akan memberi rezeki kepada kamu dan kepada mereka." ( Surah al-An'am : 151) FirmanNya lagi :
Tafsirnya: "Dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana takut kemiskinan. Kamilah yang akan memberi rezeki kepada mereka dan juga kepada kamu." ( Surah al-Isra' : 31) Sesungguhnya sifat saling bantu membantu yang telah diwajibkan Allah ke atas orang-orang beriman dan jaminan sosial yang diwajibkan kepada mereka merupakan dua perkara yang mempastikan supaya orang kaya membantu si miskin, orang yang senang supaya menolong orang yang memerlukan. Sekiranya ada keluarga yang kesusahan, maka orang yang berupaya hendaklah menghulur tangan kepada mereka. Kemudian pihak kerajaan mempunyai peranan yang tersendiri dengan mengambil jaminan yang ada pada orang kaya untuk dibahagikan harta kekayaan mereka, samada bentuk zakat, sedekah atau bantuan kepada orang-orang yang lemah, kerana menjaga keturunan itu adalah kekuatan umat Islam. Inilah pandangan syariat secara umum terhadap zuriat. Syariat menyeru supaya zuriat itu diperbanyak. Hadis-hadis pula menggalakannya dan al-Qur'an sendiri yang menjadi perlembagaan umat itu telah juga mengisyaratkannya. Banyak zuriat adalah fitrah dan menghadkan zuriat bermakna menentangnya. Perancangan keluarga bererti membatas kelahiran anak atau menghad keturunan. Pada waktu ini banyak cara untuk tujuan tersebut seperti penggunaan pil-pil dan lain-lain seumpamanya. Pada zaman Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam kaedah al-'azl (mengeluarkan air mani di luar rahim supaya tidak terjadi persenyawaan mani suami isteri) telah wujud di kalangan sebahagian dari para sahabat. Kekuatan hadis-hadis mengenai 'azl itu menjadi sandaran kepada penyokong-penyokong perancang keluarga. Imam Ghazali - ulama besar dalam mazhab Syafi'e - dalam kitabnya Ihya' 'Ulumiddin (2/57-59) sewaktu menghuraikan tentang Adab Bergaul (suami isteri) telah menyentuh tentang hukum 'azl ini. Para ulama berbeza pendapat mengenai 'boleh' dan 'makruh' nya ('azl) kepada empat mazhab:
Dan yang sahih (yang benar) pada kami (menurut Imam Ghazali) ialah yang demikian itu diperbolehkan. Adapun makruh, maka itu ditujukan kerana larangan haram dan larangan demi kebersihan nahy al-tanzih dan kerana meninggalkan keutamaan (fadhilah). Maka adalah itu dimakruhkan, dengan pengertian yang ketiga. Ertinya : Padanya, itu meninggalkan keutamaan. Dan yang dimaksudkan dengan makruh tersebut di atas, ialah meninggalkan keutamaan dan fadhilah sahaja. Kemudian Imam Ghazali bercakap lagi mengenai dorongan-dorongan yang mengharuskan kaharusan 'azl itu ada lima perkara :
........kita menentang dan membantah kempen pencegahan keturunan ini, kita tidak mahu putus keturunan kita, kita tidak mahu bangsa kita menjadi sedikit, kita tidak mahu derhaka kepada Rasul, dan kita tidak mahu mengingkari kekuasan Tuhan yang berkuasa memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya........
Pertama:
Kedua:
Ketiga:
Tafsirnya: "Dan tidak ada yang merangkak-rangkak di bumi ini (makhluk Allah yang bernyawa) melainkan Allah yang menanggung (memberi) rezekinya." (Surah Hud : 6 ) Tidak pelik lagi, bahawa dengan tindakan membuang mani keluar itu, menjatuhkan diri dari tingkat kesempurnaan dan meninggalkan keutamaan. Tetapi memandang kepada akibat dan menjaga harta serta menyimpannya, walaupun bertentangan dengan tawakal, tidaklah kami akan mengatakan, bahawa tindakan itu termasuk larangan.
Keempat: Ini adalah niat yang buruk. Jikalau ditinggalkan kahwin atau bersetubuh disebabkan oleh niat tadi, nescaya berdosalah dia dengan niat itu. Bukan berdosa lantaran meninggalkan kahwin dan bersetubuh. Maka begitu pulalah tentang membuang mani keluar (al-'azl). Dan kerosakan pada keyakinan akan malu pada sunnah Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam adalah lebih berat lagi. Dan kerosakan itu, adalah dapat diumpamakan seumpama wanita yang meninggalkan kahwin kerana mencegah dari diperintahi lelaki. Maka adalah wanita itu menyerupai dengan lelaki. Dan tidaklah kemakruhan itu tertuju kepada meninggalkan perkahwinan.
Kelima: Disimpulkan bahawa 'azl harus hanya sebagai suatu keringan sementara apabila timbul sebab-sebab tertentu dan tanpa sebab-sebab ini ianya tidak menjadi harus.
Kita wajiblah membuat
ketetapan bahawa 'azl atau perbuatan seseorang menghindari terjadinya benih anak, adalah
bertentangan dengan fitrah, bertentangan dengan hadis-hadis Nabi yang menyeru supaya
memperbanyak keturunan dan bertentangan dengan hadis-hadis yang jelas menghalang 'azl
sehinggalah diantara ulama ada yang mengharuskan 'azl kerana suatu keringanan, khasnya
hadis sahih yang menyebut Oleh sebab itu, maka pendapat/sistem 'mencegah keturunan' adalah jelas bertentangan dengan amalan menjaga/memelihara keturunan yang termasuk dari perkara-perkara yang mesti dilakukan dalam Islam dengan ijma 'ulama. Dari kajian yang telah lalu jelas menunjukkan bahawa "Pencegahan seseorang kepada keturunannya" adalah suatu perbuatan meninggalkan yang lebih baik atau makruh. Jikalau terdapat pada seseorang itu sesuatu yang menyebabkannnya berbuat demikian, adalah ianya harus mengikut kadar keringanan peribadi ini. Dalam fiqh Islam tidak dijumpai adanya keringanan secara umum bagi satu bangsa atau bagi sesuatu daerah untuk melakukan pencegahan ini. Jadi keringan 'azl ini hanyalah berbentuk keringanan secara peribadi. Kita sudah sampai kepada hukum harus dalam lingkungan keringanan itu yang hanya berbentuk peribadi. Sebagaimana ketetapan hukum syara' bahawa hukum harus secara peribadi, atau untuk sebahagian orang sahaja, maka ianya terkadang boleh menjadi tuntutan harus secara umum (untuk semua orang), dan boleh jadi tuntutan terlarang secara umum (larangan untuk semua orang ), iaitu tertakluk kepada kesesuaiannya atau pertentangan dengan dasar-dasar hukum umum dalam syariat Islam. Sekiranya perkara ini termasuk dan bersesuaian dengan prinsip syariat, adalah ianya dituntut secara umum dan harus secara khusus dan sekiranya perkara itu bertentangan dengan prinsip-prinsip al-kulliyyah al-'ammah (kaedah umum) dalam syariat, maka adalah ianya harus secara khusus (sebahagian sahaja dengan sebab-sebab tertentu) dan haram secara umum. Dengan menerapkan kaedah ini dalam perkara "Pencegahan Keturunan", kita menetapkan hukum syara' dalam perkara ini bahawa: "Sekiranya ianya harus , adalah harusnya sebagai satu keringanan" (bukan harus umum). Perkara ini diharuskan bagi seseorang yang hanya terdapat padanya sebab-sebab keringanan itu. Perkara ini tidak dihukumkan harus sebagai suatu kaedah hukum yang meliputi untuk semua orang dalam sesebuah daerah di mana keharusan ini dinikmati oleh orang yang mendapati keringanan itu dan juga orang-orang lain yang mempunyai sebab-sebab keringanan itu. Selain dari itu pencegahan kerturunan ini adalah termasuk di bawah perkara yang bertentangan dengan prinsip-prinsip yang sudah ditetapkan syara', iaitu prinsip menjaga keturunan dan memperbanyak keturunan sebagaimana yang telah dijelaskan oleh beberapa hadis yang disepakati oleh ulama. Kita sudah melihat bahawa syara' tidak mengharuskan pencegahan kehamilan (keturunan) secara kulli (umum) dan tidak diharuskan sebagai suatu hukum keharusan untuk umum, kerana perkara tersebut bertentangan dengan firman Allah dalam surah al-An'am, ayat 151 dan surah al-Isra ayat 31 yang kita sebut terdahulu. Dengan yang demikian, berdasarkan hujah-hujah di atas kita menentang dan membantah kempen pencegahan keturunan ini, kita tidak mahu putus keturunan kita, kita tidak mahu bangsa kita menjadi sedikit, kita tidak mahu derhaka kepada Rasul, dan kita tidak mahu mengingkari kekuasaan Tuhan yang berkuasa memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya tanpa dapat dikira dan diperhitungkan. Firman Allah:
Tafsirnya: "Dan tidak ada binatang melata pun di bumi melainkan Allah-lah yang memberi rezekinya , dan Dia mengetahui tempat berdiam binatang itu dan tempat penyimpannya. Semuanya tertulis dalam Kitab Yang Nyata (Lauh Mahfuzh)." (Surah Hud : 6) FirmanNya lagi :
Tafsirnya: "Dan kahwinkanlah orang-orang yang sendirian di antara kamu, dan orang-orang yang layak (berkahwin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba-hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan mencukupkan/memampukan mereka dengan kurniaNya. Dan Allah Maha Luas (pemberianNya) lagi Maha Mengetahui. Dan orang-orang yang tidak mampu kahwin hendaklah menjaga kesucian (diri)nya, sehinggalah Allah memampukan mereka dengan kurniaNya." (Surah ar-Nur : 32-33) Firman seterusnya :
Tafsirnya: "Dan beberapa banyak binatang yang tidak (dapat) membawa (mengurus) rezekinya sendiri. Allah-lah yang memberi rezeki kepadanya dan kepadamu dan dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui." ( Surah al-Ankabut : 60 ) Inilah hukum agama Islam mengenai merancang keluarga keturunan. Jika asal tujuan perkahwinan itu demikian, maka soal perancangan keluarga lebih-lebih lagi jika menghadkan atau mencegah dari melahirkan anak adalah bertentangan dengan matlamat perkahwinan itu. Sebagaimana kita telah perkatakan di awal-awal perbincangan ini bahawa pertumbuhan penduduk yang pesat atau sebaliknya akan mempengaruhi kedudukan politik dan ekonomi sesebuah negara itu. Bagi setengah-setengah negara di dunia ini pertumbuhan penduduk yang tinggi merupakan suatu mala petaka kepada mereka, namun dari sudut politik dapat dilihat bahawa kekuatan negara berhubung rapat dengan kekuatan penduduknya. Jumlah manusia yang banyak dapat membantu menentukan arah politik suatu negara dan bangsa, lebih-lebih lagi jika suatu negara itu dididiami oleh berbagai-bagai bangsa dan kaum sebagaimana yang dihuraikan terdahulu. Selain kuasa politik, jumlah penduduk akan mempengaruhi kedudukan ekonomi. Kekuatan ekonomi tidak dapat dipisahkan dengan tenaga manusia, sama ada profesional atau biasa. Pembangunan Negara Brunei Darussalam pada masa ini banyak bergantung kepada tenaga kerja dari luar, tenaga kerja ini bukan sahaja diperlukan dari sudut profesionalisme kemahirannya, tetapi juga dari sudut tulang empat keratnya. Pada abad 21 Negara Brunei Darussalam banyak memerlukan pekerja asing untuk membangun negara ini. Sekarang ini pun puluhan ribu pekerja-pekerja asing bekerja di negara ini. Tentu ada positif dan negatifnya pekerja-pekerja asing bekerja di negara ini. Tentu ada positif dan negatifnya pekerja-pekerja asing itu ditinjau dari berbagai-bagai sudut politik, sosio-ekonomi, budaya dan juga adat resam.Yang penting kesannya kepada agama, yakni kesan langsung kepada Islam dan juga umat Islam. Contohnya, dahulu gereja di Bandar Seri Begawan adalah lengang, tetapi sejak kebelakangan ini gereja-gereja di Bandar Seri Begawan sudah melewati makmur (lebih makmur) dengan adanya pekerja-pekerja asing yang beragama Kristian. Pada setiap pagi Ahad sekarang ini, jalan di mana gereja-gereja itu berhadapan adalah penuh sesak dengan kereta-kereta orang-orang yang mengunjunginya kerana upacara agama mereka. Selepas daripada gereja, kebanyakan orang-orang ini akan bergerak ke Bandar Seri Begawan seperti berpasukan -pasukan layaknya. Ini adalah pemandangan dan keadaan di siang Ahad. Malahan baru-baru ini, dengan tidak sengaja kita ada melintasi jalan yang disebutkan di atas itu pada malam Ahad (siang sabtu malam Ahad). Kereta kita tersekat beberapa ketika kerana disepanjang jalan yang kita lalui itu banyak kereta sedang berhenti dan beberapa banyak lagi sedang mencari tempat letak yang kosong. Kerana kereta kita tersekat itu maka terpaksalah memperlahankan jalan atau berhenti seketika. Pada masa inilah kita ternampak gereja yang sedang dilintasi itu penuh sesak dengan orang ramai sehingga melimpah lagi keluar. Pemandangan ini sungguh jelas, tidak terdinding atau terselindung, menonjol dan bersemarak di bawah cahaya lampu-lampu yang terang benderang, iaitu tidak syak lagi menjadi lambang atau syiar yang hidup dan hebat kepada agama mereka ini. Lihatlah betapa mendadaknya perubahan suasana bagi Brunei Darussalam iaitu berpunca dari pertambahan manusia penghuninya. Cuba pula bayangkan, satu dekad lagi kehadapan jika kita tidak mempunyai dasar yang tegas atau kita mengamalkan dasar yang salah, apakah yang akan berlaku kepada Brunei ini ? Dimanakah pada ketika itu nama Brunei sebagai sebuah negara Islam, negara bersultan atau beraja yang muslim yang pada masa ini sangat disegani kerana dasar-dasarnya menjadikan Islam sebagai cara hidup yang lengkap lagi syumul?
........satu dekad lagi kehadapan jika kita tidak mempunyai dasar yang tegas, atau kita mengamalkan dasar yang salah, apakah yang akan berlaku kepada Brunei........" Tidakkah ada dalam perkiraan kita betapa pertambahan orang-orang bukan Islam di negara ini, apa pun status mereka akan turut mempengaruhi segala-galanya, termasuklah yang kita khuatiri iaitu cara berfikir dan bertindak orang-orang Brunei sendiri. Tidakkah terbayang kepada kita, akan mungkin ada nanti orang-orang yang meminta supaya gereja dibangunkan lagi yakni ditambah atau dibesarkan, atau dibesarkan, atau diubahsuai, atau dipindahkan ke suatu tempat yang lain dengan alasan-alasan yang tidak syar'i, semata-mata kerana kononnya hendak memenuhi tuntutan keadaan iaitu gereja yang ada sudah penuh tidak mencukupi, atau kerana hendak "mengusai" bandar dan lain-lain lagi. Semua ini boleh sahaja terjadi berasaskan kepada fakta-fakta yang sedia ada, termasuk juga apa yang sudah kita lihat dan ketahui serta dengar di setengah-setengah tempat di dunia ini. Kerana itu kita amat menaruh bimbang tentang keadaan umat Islam yang sedikit, ditambah lagi jika sudah tidak produktif yang disebabkan oleh rancangan-rancangan yang merugikan seperti rancangan mencegah beranak dan sebagainya. Selain daripada penyebaran pil-pil mencegah beranak yang turut berlaku di setengah negara-negara Islam sendiri, di sana ada pula semacam kebimbangan lain yang pernah disuarakan oleh setengah-setengah pihak iaitu tentang kecenderungan cara-cara melahirkan anak melalui pembedahan yang diamalkan sebagai jalan ringkas atau mudah pada masa ini. Pembedahan biasanya hanya boleh dilakukan untuk dua atau tiga orang anak sahaja dan selepas itu seorang ibu akan dinasihatkan sebagai tidak boleh mengandung lagi atas sebab-sebab keselamatan. Adakah perkara seumpama ini juga berlaku di negara kita? Kiranya ia dilakukan atas sebab-sebab darurat seperti terpaksa untuk menyelamatkan nyawa ibu atau anak, maka itu adalah perkara khusus yang dipanggil 'darurat', tetapi jika ia dijadikan trend semata-mata kerana memilih jalan mudah atau lain-lain yang tiada kena mengena dengan hukum 'terpaksa' atau 'darurat', maka itu namanya aniaya atau zalim, ahmaq dan khianat serta melanggar fitrah, menyalahi sunnah atau perjalanan yang biasa. Ditambah lagi kiranya ia termasuk suatu rancangan halus musuh Islam dalam jangka panjangnya, dan kita terlibat melaksanakan atau membenarkannya, maka tidak syak lagi adalah hukumnya haram, dosa atas dosa. Entah bagaimana pua dengan keadaan jenayah yang dikaitkan dengan pekerja-pekerja asing itu, pihak-pihak yang berkenaan yang menangani hal ini adalah lebih mengetahuinya. Demikianlah semua kekuatan di bidang-bidang politik, ekonomi dan lain-lain yang tidak disentuh di sini mempunyai hubungan dengan kualiti dan kuantiti manusia sebagai memenuhi tujuan perkahwinan di samping lain-lain tujuan. Perancang keluarga mempunyai dua pendekatan:
|