|
JAWAPAN TARBIAH MINDA AL-HADAF OGOS 1997
- Pegangan 8 itu ialah :
- Menegakkan hukum Islam
- Mendukung wawasan Raja
- Mengasuh dan memurnikan peribadi dengan taqwa.
- Menanamkan 'zeal' untuk berilmu dan berwibawa
- Titah dalam pekerjaan
- Bekerja sebagai satu pasukan
- Banyak bekerja dari bercakap
- Bersifat tahan dalam menjaga rahsia
- 3 waktu bagi umat Islam terutama kanak-kanak terlebih dahulu meminta
izin masuk sebagaimana disebutkan di dalam al-Quran ialah :
1. Sebelum sembahyang Subuh
2. Waktu Zuhur
3. Selepas sembahyang Isya
Kerana pada waktu-waktu itu kebiasaanya aurat terbuka. Dengan meminta
izin masuk dapat mengelakkan pandangan mata orang yang belum baligh (kanak-kanak) jatuh ke
arah aurat ahli keluarga mereka.
- Hukum berinai bagi lelaki seperti yang dilakukan pada malam 'Majlis Bapacar' ialah Haram bagi lelaki
berinai dengan daun atau sebagainya, pada dua tangan dan kakinya, kecuali pada ketika bersangatan hajat
untuk berubat.
- Hukum melambatkan sembahyang sehingga luput waktunya atau mengerjakan
sebahagian daripadanya di luar waktunya adalah haram dan berdosa.
- Jumlah isteri-isteri Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam
sebagaimana disepakati oleh ulama ialah 11 orang. Enam orang dari suku Quraisy, empat
orang bangsa Arab dan seorang bangsa Bani Isra'il.
|
|